UNDER CONSTRUCTION!!

Thursday, January 7, 2010

Produk Utama - Cookies

SPOT-d-CHOC CHIP - Cukup meriah dengan cornflakes, badam dan coklat chip dan menjadi pojaan setiap insan. Masih kekal berada di tangga teratas sejak mula diperkenalkan!

**************************************************************************************************************

HAZEL-OAT CRISPY - Sekali makan, mesti jatuh cinta punya! Biskut yang kaya dengan oat dan kacang hazel yang dipanggang.. hmmm a must have cookie!

**************************************************************************************************************



FRUITY NUTZ MANIA - Rupa biskut yang ala-ala coklat chip cookies tapi takde coklat chip. Khusus untuk penggemar buah-buahan kering dan oat.

**************************************************************************************************************

COOKIES IN BLACK - Biskut wajib untuk yang hantu coklat! Biskut ni memang penuh dengan coklat chip..
**************************************************************************************************************



COFFEE WALNUT - "Dibintangi" oleh walnut & cornflakes kisar serta coklat chip yang memang dikenali ramai. Awas, rasa kopinya boleh membuatkan anda jadi angau tak tidur malam!


**************************************************************************************************************


CHOCO KRUNCH - Sesuai untuk anak-anak (juga mak budak) yang sukakan koko crunch.. Jangan salahkan kami kalau biskut ni cepat habis sebab ianya sungguh rangup!

**************************************************************************************************************

Tuesday, January 5, 2010

Kenali Kami

Siapa LizCookies Shop

LizCookies Shop mula beroperasi secara kecil-kecilan sejak tahun 1996 lagi dan dikendalikan sendiri oleh pengasasnya iaitu Maliza Mohari selama beberapa tahun. Tahun demi tahun, sambutan dan penerimaan pelanggan terhadap biskut raya keluaran LizCookies Shop semakin menggalakkan, malah mempunyai ramai pelanggan tetap. Tempahan yang diterima pada musim perayaan juga semakin meningkat terutamanya biskut yang berasaskan coklat chip. Bagi mengekalkan konsep home-made dan untuk menjaga kualiti biskut yang dihasilkan, LizCookies kini mempunyai beberapa orang pekerja mahir dari kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.

LizCookies Shop juga menerima tempahan menyediakan buah tangan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi dan majlis perkahwinan. Biskut coklat chip dan biskut berhias aising adalah di antara biskut yang menjadi pilihan. Kami menyediakan beberapa pakej yang dapat disesuaikan dengan bajet anda. Harga kami adalah antara yang berpatutan di sekitar Lembah Klang dan kebanyakan tempat.


Produk Halal

Jenama "LizCookies" adalah keluaran bumiputera, dibuat secara home-made dan menggunakan bahan-bahan yang mempunyai logo Halal dari JAKIM atau logo lain yang diiktiraf oleh JAKIM.










Jaminan Kualiti

LizCookies Shop sangat mementingkan kualiti kerana kami juga adalah pembeli seperti anda yang mahukan 'value for money' (malah kami juga ada QC Inspector @ Pengkritik Tetap yang tak bergaji yang sentiasa memastikan kualiti cookies kami terjamin!).


Pilihlah Kami

  • Anda boleh menikmati pelbagai home-made cookies yang sedap dan rangup sepanjang tahun (tak perlu tunggu raya!).
  • Kesedapan Choc Chip Cookies kami setanding dengan Choc Chip Cookies keluaran jenama luar negara.
  • Harga sangat berpatutan dan boleh dirunding untuk tempahan secara pukal.
  • Biskut keluaran LizCookies Shop hanya dibuat apabila tempahan dan bayaran diterima.
  • Biskut kami pasti menepati citarasa anda (tidak terlalu manis seperti kebanyakan Choc Chip Cookies lain).
  • Kami menerima tempahan untuk apa jua majlis anda (you name it, you got it!).
  • Last but not least, our cookies are baked with lots of LOVE!

Testimonial (kisah benar!)

  • Anitha (TTDI Jaya): Hi Liz, Mmmmmmm….your cookies are simply the best I ever tried.
  • Kak Ida (KL): Setiap kali menjelang rayo, aku pasti tingat akan Almond Slice awak yang menjadi pujaan hati kita sejak 13 tawon yg lalu.
  • Sally (Puchong): Anyway, juz nak bg tau u yr fruit cakes dpt pujian x TERkira bintangnya by my bonda..
  • Nazhatul (Subang USJ): Tak payah nak beli kat orang lain dah.. i percaye dengan kuih-kuih you..
  • Nora (Klang): Hi Liz, sume cookies u memang sedap..keep it up will ya!
    Anak beruang berjalan jalan,
    Berjalan sedondon dgn sang belang,
    Almond slice mu tak pernah ketinggalan,
    Setiap raya datang menjelang...
  • Zit (Bandar Nusa Rhu): Memang ko punye Almond Slice best! Lg satu carrot cake.. pun meletops..!
  • Azilah Azenam (Shah Alam): Snow Almond sgt sedap.. 2 - 3 ari raye je dh pinish ol ledi... xrugi order 4 kotak last year!!!!

Kos Penghantaran

LizCookies Shop hanya menerima tempahan di dalam Malaysia sahaja. Kami menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk menghantar tempahan anda ke seluruh Malaysia. Kos penghantaran adalah bergantung kepada berat bungkusan tempahan. Sila ke laman web Pos Malaysia Berhad di sini untuk pengiraan kos penghantaran (estimation sahaja, tidak termasuk packaging).

Anda juga boleh datang mengambil tempahan anda di pick-up point berikut:-

  • Lot 260, Kg Sri Aman, Jalan Jurutera, Batu 13, Puchong, Selangor (rumah kami)
  • Giant Bandar Puteri
  • Kawasan Perindustrian Bukit Jelutong, Shah Alam

Cara Pembayaran

Untuk memudahkan dan menyegerakan tempahan anda diproses, sila buat bayaran penuh secara online ke akaun kami di:


NAMA AKAUN: LIZCOOKIES SHOP

NOMBOR AKAUN:

Selain membuat bayaran penuh untuk tempahan, anda juga harus membayar deposit pos sebanyak RM20. Kos pos sebenar hanya akan diketahui apabila pihak kami selesai dengan urusan pos pakej anda. Sekiranya kos pos melebihi dari deposit RM20 yang diambil, kami akan meminta anda untuk membuat bayaran tambahan. Tetapi jika sebaliknya, kami akan memulangkan bakinya ke dalam akaun anda (sila berikan nombor akaun anda untuk pemulangan baki semula).

Sila maklumkan kepada pihak kami setelah bayaran dibuat dengan menyertakan salinan bayaran melalui email kepada maliza@pic.com.my.