UNDER CONSTRUCTION!!

Tuesday, January 5, 2010

Terma & Syarat

Sila baca dengan teliti terma-terma & syarat pembelian di LizCookies Shop untuk memudahkan urusniaga anda. Kami ingin anda mendapat hanya yang terbaik dari kami kerana kami sememangnya mengharapkan urusniaga yang berulangkali dari anda.

Tempahan
  • Tempahan anda hanya akan diproses/dibuat setelah pihak kami menerima BAYARAN PENUH dari anda. Sila emailkan bukti pembayaran yang telah dibuat kepada maliza@pic.com.my.
  • Anda hanya perlu membuat bayaran penuh setelah menerima PENGESAHAN dari pihak kami.
  • Sila buat tempahan awal terutamanya di musim perayaan ataupun untuk tempahan pukal (bulk order).
  • Pihak kami berhak menolak tempahan anda di atas sebab-sebab tertentu (jadi silalah tempah awal untuk mengelakkan kekecewaan).
  • Pihak kami juga berhak menaikkan harga produk kami sekiranya terdapat kenaikan harga bahan-bahan mentah yang melampau (namun kami akan maklumkan dahulu kepada anda. Pertukaran tempahan boleh dirundingkan untuk kes-kes sebegini).

Pembatalan/Pertukaran Tempahan

  • Sebarang pembatalan/pertukaran tempahan setelah pembayaran dibuat akan ditentukan oleh budi bicara pihak kami.
  • Pihak kami tidak akan melayan sebarang pembatalan/pertukaran tempahan setelah tempahan anda diposkan/diambil.
  • Pembatalan/pertukaran tempahan PUKAL juga tidak akan dilayan jika ianya dibuat 3 hari selepas pembayaran diterima kerana pihak kami mungkin telah membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Handling of Shipment

  • Sekiranya penghantaran anda dipulangkan semula kepada kami oleh Pos Malaysia kerana kesilapan alamat yang anda bekalkan, kos penghantaran semula akan ditanggung oleh pihak anda.
  • Kami sedaya upaya akan memastikan pembungkusan dibuat sebaik mungkin untuk mengelakkan/meminimizekan kerosakan pada biskut-biskut kami. Namun, kami tidak bertanggungjawab di atas kegagalan pihak Pos Malaysia mengendalikan bungkusan tersebut dengan baik (tapi sekiranya anda menerima cookies kami dalam keadaan 'pecah seribu', sila maklumkan kepada pihak kami - kesian anda!).
  • Pihak Pos Malaysia akan mengambil beberapa hari bekerja untuk membuat penghantaran kepada anda. Sabar ye... kerana kesabaran anda pasti berbaloi-baloi..